Selasa, 7 Mac 2017

PULUT DAUN PALAS BERJAGUNG ABDUL

bila hari raya menjelma teringat kenangan bersama arwah emak.arwah lah yang paling sebok menyediakan hidangan setiap kali syawal menjelma.di penhgujung ramadhan,pasti riuh rendah dapur arwah mak dikampung.menyediakan juadah untuk berbuka,juadah untuk pagi syawal,dengan riuh menanti kepulangan anak cucu dikampung.kam anak beranak masing- masing diberikan tugasan.
Ada yang mrmbakar ikan utk makan waktu berbuka,ada yang sebok mencari ulam ulaman.
Memang tak kan dapat dilupakan memori sebegini.tambah pulak arwah emak dah meninggalkan kami hampir memasuki 5 tahun.
Kami beruntung,mempelajari masakan arwah mak semasa hayatnya.
Ilmu arwah memang diwarisi anak-anak.itulah kelebihan bila kita sama- sama melalui zaman sukar semasa kita kecil.
Bercakap pasal kenangan,pada yang masih ade ibubapa cubalah sedaya mampu menghargai mereka senentara masih ada.

Ketupat palas lemak berjagung:

Sekilo beras pulut
(Rendam setengah jam)
Sekilo santan pekat
Sedikit jagung tongkol dihiris
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula.

Aturan:
Toskan beras pulut.
Masukkan kedalam kuali bersama santan,garam,gula.
Jika rasa kurang lemak,boleh ditambah lagi sedikit garam @ gula sebelom beras kering.
Hendaklah selalu dikacau supaya tidak cepat hangus.
Kacau diatas api sederhana sehingga kering.
P/s:
Masa ini kejadian pulut memang tidak masak dengan sempurna.hanya 1/3 sahaja masak.

Keluarkan dari kuali,gaulkan dengan jagung.
Bila sejuk masukkan kedalam daun palas dan balut kemas.
Kemudian dikukus sehingga masak.

Boleh juga direbus dalam periuk.anggaran air memenuhi paras ketupat palas.rebus sehingga air kering.


SELAMAT MENCUBA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan