Ahad, 12 Mac 2017

IKAN WADI

Ikan wadi sememang nya sinonim dengan masyarakat banjar sejak turun temurun,zaman berzaman lagi.zaman dahulu,tidak lengkap rasanya setiap rumah jika tiada stok ikan wadi.zaman dahulu ikan diperap didalam tempayan.ikan wadi yang sempurna perapan,mempunyai jangka hayat sehingga 3 tahun .makin lama diperap makin sedap.kombinasi masam,masin sememangnya pembangkit selera.
Ikan yang sesuai untuk dibuat wadi adalah sepat,tembakang,puyu,haruan dan juga ikan keli.
Resepi ikan wadi:
Ikan sepat
Garam kasar
Assam keping
Beras goreng(sangai sampai perang)

Aturannya:
Ikan yang telah dicuci bersih ditoskan.
Dalam balang @ bekas ,taburkan sesudu garam kasar.
Kemudian sudun ikan selapis.pastikan memenuhi ruang.
Tabur rata garam.pastikan permukaan ikan terkena garam.
Ulang step sehingga penuh balang.untuk lapisan atas,letak garam 2@3 sudu besar.
Tutup balang dan biarkan sehingga 3 hari.
Selepas 3 hari,asingkan ikan dalam bekas lain.air garam dan baki garam didihkan sehingga garam hancur.tambah secawan @ dua cawan air.
Sejukkan.

Masukkan semula ikan selapis dalam balang.tabur beras goreng yang telah diblender halus sebanyak 1 sudu besar.pastikan memenuhi lapisan ikan.tabur setengah sudu besar garam.tabur 4@5 keping assam keping yang telah dibasuh.ulang step yang sama sehingga habis.
Setelah itu,tuang air garam yang telah sejuk kedalam balang td.
Pastikan air memenuhi balang.jika tidak cukup air tadi,tambah air masak sejuk.
Tutup balang dan perap selama sebulan @ 40 hari.
Selepas tempoh tersebut boleh la digoreng.

Cara menggoreng:
Cuci bersih,buang garam yg terdapat pada ikan,kemudian rendam 5 minit.
Toskan dan bole digoreng sehingga garing.tambah bawang dan cili padi dan perahan limau nipis.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan