Jumaat, 10 Mac 2017

BATIL@ TALAM NANGKA SEDAP

Memandangkan sekarang hampir tiap petang hujan,perut pulak sentiasa bekeroncong.sian pulak anak-anak  sentiasa lapar.semalam sempat menyediakan batil nangka.kebetulan ada lebih kurang 5 ulas nangka pemberian seseorang.jom cuba resepi mudah ini,namun hasil nya sangat sedap.

Batil@ talam nangka.

5 ulas nangka dihiris nipis dan dipotong dadu.
1 cawan santan pekat.
(Saya guna santan kotak sahaja)

4 cawan air
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
Setengah cawan tepung beras
1 setengah sudu kecil garam halus
2 sudu kecil air kapur.

Bagi yang tidak suka manis,memadailah sukatan gula sekadar 3/4 cawan sahaja.manakala nangka boleh juga digantikan dengan hirisan pisang @ dicampur kedua-duanya sekali.

Aturan:
Gaul rata semua bahan kecuali nangka.kacau rata supaya tidak berketul.kemudian tapis adunan.
Campor nangka kacau sebati.masukkan dalam loyang kukus 45 minit.

P/s
Boleh juga diganti dengan pisang.aturan nya sama sahaja.

SELAMAT MENCUBA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan