Selasa, 21 Mac 2017

Amir danial bin abdul hamid

Selamat ulang tahun kelahiran buat anakandaku:
Amir danial bin abdul hamid.
Moga menjadi anak yang bijaksana,beriman dan menjadi kebanggaan abah dan mama.
11 tahun.

SAJAK KEHIDUPAN:

KEHIDUPAN:
dewasa ini
Meniti penhujung usia
Makin mendewasakan
Kita.
Ibarat lilin
Membakar diri.
Ibarat pohon menumpang
Subur mematikan
Pohon merendang.
Hidup ada pasang surutnya.
Bukan niat meminggirkan,
Hanya kerana secebis
Kisah duka
Tidak mendorong
Insan lain
Berkongsi kisah.
Biar diri mengerti
Hanya itu
Yang ku
Mahukan.
Semoga segala
Memori indah
Tetap disimpan
Serapi mungkin
Disudut ingatan
Yang sangat
Mendalam.

Rabu, 15 Mac 2017

PUISI KEBEBASAN

KEBEBASAN;
bahagiakah dikau
Setelah apa yang dimiliki
Kau humban ketepi.
Kau ingin bebas
Seperti unggas diangkasa
Apakah kebebasan begini
Yang kau mahukan????
Kau tinggalkan derita
Imaginasimu
Demi mencari kebebasan
Mutlak.
Hakikatnya
Apa yang kau inginkan
Tidak semudah
Apa yang kau fikirkan.
Mungkin saat ini
Kau bahagia
Tapi zuriatmu
Derita nestapa.
Demi menggapai impian
Sanggup kau endah
Ratap hiba.
Nescaya satu ketika
Yang ditinggal
Mencipta sinar
Bahagia.

Selasa, 14 Mac 2017

SINAR TIADA PENGHUJUNG.

Sinar tiada penghujung:

Demi mengejar impian
Segunung harapan
Mencari sinar baru
Rela meninggalkan
Bahagia
Yang telah lama
Ditemui...
Bahagiakah dikau
Keseorangan
Meredah riuh kota
Tanpa secalit
Rasa kesal..
Ironinya
Kemana tumpahnya
Kemanisan hidup
Yang sebelom ini
Sanggup kau perjuangkan.

SAJAK PERJUANGAN.

PERJUANGAN

Sehebat isteri
Pasti ada seorang insan
Bergelar suami
Menjadi pendamping
Disisi.
Sekuat dan setabah
Mana pun isteri
Pasti mencari wadah
Meluah terbuku
Dibenak buntu.
Biar bicara
Membutuh waktu
Biar sengsara
Diulit pilu.
Penghujung senja
Semoga sinar
Kembali menyatu..

Ahad, 12 Mac 2017

IKAN WADI

Ikan wadi sememang nya sinonim dengan masyarakat banjar sejak turun temurun,zaman berzaman lagi.zaman dahulu,tidak lengkap rasanya setiap rumah jika tiada stok ikan wadi.zaman dahulu ikan diperap didalam tempayan.ikan wadi yang sempurna perapan,mempunyai jangka hayat sehingga 3 tahun .makin lama diperap makin sedap.kombinasi masam,masin sememangnya pembangkit selera.
Ikan yang sesuai untuk dibuat wadi adalah sepat,tembakang,puyu,haruan dan juga ikan keli.
Resepi ikan wadi:
Ikan sepat
Garam kasar
Assam keping
Beras goreng(sangai sampai perang)

Aturannya:
Ikan yang telah dicuci bersih ditoskan.
Dalam balang @ bekas ,taburkan sesudu garam kasar.
Kemudian sudun ikan selapis.pastikan memenuhi ruang.
Tabur rata garam.pastikan permukaan ikan terkena garam.
Ulang step sehingga penuh balang.untuk lapisan atas,letak garam 2@3 sudu besar.
Tutup balang dan biarkan sehingga 3 hari.
Selepas 3 hari,asingkan ikan dalam bekas lain.air garam dan baki garam didihkan sehingga garam hancur.tambah secawan @ dua cawan air.
Sejukkan.

Masukkan semula ikan selapis dalam balang.tabur beras goreng yang telah diblender halus sebanyak 1 sudu besar.pastikan memenuhi lapisan ikan.tabur setengah sudu besar garam.tabur 4@5 keping assam keping yang telah dibasuh.ulang step yang sama sehingga habis.
Setelah itu,tuang air garam yang telah sejuk kedalam balang td.
Pastikan air memenuhi balang.jika tidak cukup air tadi,tambah air masak sejuk.
Tutup balang dan perap selama sebulan @ 40 hari.
Selepas tempoh tersebut boleh la digoreng.

Cara menggoreng:
Cuci bersih,buang garam yg terdapat pada ikan,kemudian rendam 5 minit.
Toskan dan bole digoreng sehingga garing.tambah bawang dan cili padi dan perahan limau nipis.

Selamat mencuba.

Jumaat, 10 Mac 2017

BATIL@ TALAM NANGKA SEDAP

Memandangkan sekarang hampir tiap petang hujan,perut pulak sentiasa bekeroncong.sian pulak anak-anak  sentiasa lapar.semalam sempat menyediakan batil nangka.kebetulan ada lebih kurang 5 ulas nangka pemberian seseorang.jom cuba resepi mudah ini,namun hasil nya sangat sedap.

Batil@ talam nangka.

5 ulas nangka dihiris nipis dan dipotong dadu.
1 cawan santan pekat.
(Saya guna santan kotak sahaja)

4 cawan air
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
Setengah cawan tepung beras
1 setengah sudu kecil garam halus
2 sudu kecil air kapur.

Bagi yang tidak suka manis,memadailah sukatan gula sekadar 3/4 cawan sahaja.manakala nangka boleh juga digantikan dengan hirisan pisang @ dicampur kedua-duanya sekali.

Aturan:
Gaul rata semua bahan kecuali nangka.kacau rata supaya tidak berketul.kemudian tapis adunan.
Campor nangka kacau sebati.masukkan dalam loyang kukus 45 minit.

P/s
Boleh juga diganti dengan pisang.aturan nya sama sahaja.

SELAMAT MENCUBA.

Selasa, 7 Mac 2017

PULUT DAUN PALAS BERJAGUNG ABDUL

bila hari raya menjelma teringat kenangan bersama arwah emak.arwah lah yang paling sebok menyediakan hidangan setiap kali syawal menjelma.di penhgujung ramadhan,pasti riuh rendah dapur arwah mak dikampung.menyediakan juadah untuk berbuka,juadah untuk pagi syawal,dengan riuh menanti kepulangan anak cucu dikampung.kam anak beranak masing- masing diberikan tugasan.
Ada yang mrmbakar ikan utk makan waktu berbuka,ada yang sebok mencari ulam ulaman.
Memang tak kan dapat dilupakan memori sebegini.tambah pulak arwah emak dah meninggalkan kami hampir memasuki 5 tahun.
Kami beruntung,mempelajari masakan arwah mak semasa hayatnya.
Ilmu arwah memang diwarisi anak-anak.itulah kelebihan bila kita sama- sama melalui zaman sukar semasa kita kecil.
Bercakap pasal kenangan,pada yang masih ade ibubapa cubalah sedaya mampu menghargai mereka senentara masih ada.

Ketupat palas lemak berjagung:

Sekilo beras pulut
(Rendam setengah jam)
Sekilo santan pekat
Sedikit jagung tongkol dihiris
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula.

Aturan:
Toskan beras pulut.
Masukkan kedalam kuali bersama santan,garam,gula.
Jika rasa kurang lemak,boleh ditambah lagi sedikit garam @ gula sebelom beras kering.
Hendaklah selalu dikacau supaya tidak cepat hangus.
Kacau diatas api sederhana sehingga kering.
P/s:
Masa ini kejadian pulut memang tidak masak dengan sempurna.hanya 1/3 sahaja masak.

Keluarkan dari kuali,gaulkan dengan jagung.
Bila sejuk masukkan kedalam daun palas dan balut kemas.
Kemudian dikukus sehingga masak.

Boleh juga direbus dalam periuk.anggaran air memenuhi paras ketupat palas.rebus sehingga air kering.


SELAMAT MENCUBA.

KUIH BERAS PULUT@ SIRAT

Kuih beras pulot goreng:

500gram tepung beras

3 cawan santan pekat

300 gram gula merah@ gula kabung



Aturan:
Basuh beras,tos.
Kemudian goreng@ sangai sehingga kekuningan.
Mcm proses goreng beras untuk buat pekasam.
Dalam periuk didih kn santan+gula merah@ gula kabung.
(Pastikan gula hancur)
Tmbah secubit garam.


Nk manis lg tmbh 1 sb gula pasir.
( Ikut citarasa masing- masing)

Setelah beras kuning sejukkan sebentar blender dgn pengisar kering sehingga hancur.
Campur pada adunan santan dan dikacau sehingga pekat.
Tambah air jika adunan beras msih belom masak.
Kacau smpai masak dan pekat.
Boleh lah letakkan didalam loyang@ bekas tapaware@ dalam acuan kecil.

SILAKAN SHARE

BAKAR JERAMI

Kebiasaannya diwaktu lapang terutama menjelang hari minggu aktiviti wajib adalah pulang ke kampung.terasa indahnya bila berpeluang balik kekampung halaman.
Keseronokan terpancar diwajah anak2 walau pun tidak melancong kemana2 asal dapat balik kampung sudah memadai bagi mereka.
Kebetulan pulak saya berjiwa kampung dan lebih dekat dengan masyarakat kampung yang saling mengenali antara satu sama lain.
Berpeluang membanting tulang membakar jerami untuk tanam semula padi satu keseronokan yang tidak ternilai.
Indahnya desa permai yang tercinta.

Isnin, 6 Mac 2017

AYAHANDA HJ ISMAIL B HJ SAID

Satu2 nya insan paling saya sayang msih tgalarwah mak telah pergi mngadap ilahi 4 tahun yang lalu.semoga abah hj ismail bin hj said,dipanjang kan umur,dimurahkan rezeki,diberi kesihatan yang sempurna.
Amin.

WAJIK LEMAK BERKRIM


1 kilo beras pulut
1 kilo santan pekat
1/2 kilo gula merah@ gula kabung
1/2 kilo gula pasir
2 cubit garam
4 helai daun pandan potong kcil

Aturan:
Rendam pulut 1/2 jam.
Kemudian kukus hingga masak.

Masukkan​ gula merah, daun pandan,gula pasir,santan msak atas api sehingga gula hncur.cmpor garam.kemudian tapis.
Masukan air gula dan pulut yg telah dikukus td kedalam kuali.kacau sebati dan kacau atas api sederhana sehingga kering.
Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA.

Kuih sepit versi moden

Gambar kenangan kenduri anak sedara sg petani kedah