Selasa, 21 Mac 2017

Amir danial bin abdul hamid

Selamat ulang tahun kelahiran buat anakandaku:
Amir danial bin abdul hamid.
Moga menjadi anak yang bijaksana,beriman dan menjadi kebanggaan abah dan mama.
11 tahun.

SAJAK KEHIDUPAN:

KEHIDUPAN:
dewasa ini
Meniti penhujung usia
Makin mendewasakan
Kita.
Ibarat lilin
Membakar diri.
Ibarat pohon menumpang
Subur mematikan
Pohon merendang.
Hidup ada pasang surutnya.
Bukan niat meminggirkan,
Hanya kerana secebis
Kisah duka
Tidak mendorong
Insan lain
Berkongsi kisah.
Biar diri mengerti
Hanya itu
Yang ku
Mahukan.
Semoga segala
Memori indah
Tetap disimpan
Serapi mungkin
Disudut ingatan
Yang sangat
Mendalam.

Rabu, 15 Mac 2017

PUISI KEBEBASAN

KEBEBASAN;
bahagiakah dikau
Setelah apa yang dimiliki
Kau humban ketepi.
Kau ingin bebas
Seperti unggas diangkasa
Apakah kebebasan begini
Yang kau mahukan????
Kau tinggalkan derita
Imaginasimu
Demi mencari kebebasan
Mutlak.
Hakikatnya
Apa yang kau inginkan
Tidak semudah
Apa yang kau fikirkan.
Mungkin saat ini
Kau bahagia
Tapi zuriatmu
Derita nestapa.
Demi menggapai impian
Sanggup kau endah
Ratap hiba.
Nescaya satu ketika
Yang ditinggal
Mencipta sinar
Bahagia.

Selasa, 14 Mac 2017

SINAR TIADA PENGHUJUNG.

Sinar tiada penghujung:

Demi mengejar impian
Segunung harapan
Mencari sinar baru
Rela meninggalkan
Bahagia
Yang telah lama
Ditemui...
Bahagiakah dikau
Keseorangan
Meredah riuh kota
Tanpa secalit
Rasa kesal..
Ironinya
Kemana tumpahnya
Kemanisan hidup
Yang sebelom ini
Sanggup kau perjuangkan.

SAJAK PERJUANGAN.

PERJUANGAN

Sehebat isteri
Pasti ada seorang insan
Bergelar suami
Menjadi pendamping
Disisi.
Sekuat dan setabah
Mana pun isteri
Pasti mencari wadah
Meluah terbuku
Dibenak buntu.
Biar bicara
Membutuh waktu
Biar sengsara
Diulit pilu.
Penghujung senja
Semoga sinar
Kembali menyatu..

Ahad, 12 Mac 2017

IKAN WADI

Ikan wadi sememang nya sinonim dengan masyarakat banjar sejak turun temurun,zaman berzaman lagi.zaman dahulu,tidak lengkap rasanya setiap rumah jika tiada stok ikan wadi.zaman dahulu ikan diperap didalam tempayan.ikan wadi yang sempurna perapan,mempunyai jangka hayat sehingga 3 tahun .makin lama diperap makin sedap.kombinasi masam,masin sememangnya pembangkit selera.
Ikan yang sesuai untuk dibuat wadi adalah sepat,tembakang,puyu,haruan dan juga ikan keli.
Resepi ikan wadi:
Ikan sepat
Garam kasar
Assam keping
Beras goreng(sangai sampai perang)

Aturannya:
Ikan yang telah dicuci bersih ditoskan.
Dalam balang @ bekas ,taburkan sesudu garam kasar.
Kemudian sudun ikan selapis.pastikan memenuhi ruang.
Tabur rata garam.pastikan permukaan ikan terkena garam.
Ulang step sehingga penuh balang.untuk lapisan atas,letak garam 2@3 sudu besar.
Tutup balang dan biarkan sehingga 3 hari.
Selepas 3 hari,asingkan ikan dalam bekas lain.air garam dan baki garam didihkan sehingga garam hancur.tambah secawan @ dua cawan air.
Sejukkan.

Masukkan semula ikan selapis dalam balang.tabur beras goreng yang telah diblender halus sebanyak 1 sudu besar.pastikan memenuhi lapisan ikan.tabur setengah sudu besar garam.tabur 4@5 keping assam keping yang telah dibasuh.ulang step yang sama sehingga habis.
Setelah itu,tuang air garam yang telah sejuk kedalam balang td.
Pastikan air memenuhi balang.jika tidak cukup air tadi,tambah air masak sejuk.
Tutup balang dan perap selama sebulan @ 40 hari.
Selepas tempoh tersebut boleh la digoreng.

Cara menggoreng:
Cuci bersih,buang garam yg terdapat pada ikan,kemudian rendam 5 minit.
Toskan dan bole digoreng sehingga garing.tambah bawang dan cili padi dan perahan limau nipis.

Selamat mencuba.